
How may we
help you today?
Kami amat komited di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang di dalam semua aspek. Kami tidak pernah memilih atau menolak mana-mana pelanggan-pelanggan kami selagi mereka jujur dengan kami. Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kerana kepuasan dan kejayaan pelangggan itu adalah kepuasan kami.
Sehingga ke hari ini, alhamdulilah, para pelanggan kami amat berpuas hati dengan mutu dan perkhidmatan serta kadar bayaran yang telah kami kenakan.
Ramai yang sudah berpuas hati menggunakan perkhidmatan kami. Anda bila lagi? Hubungi kami hari ini dan rasailah dan alamilah seperti apa yang telah dialami oleh mereka. Jomz Azlicare ...
DIANTARA PELANGAN-PELANGGAN KAMI
CERITA TEKUN NASIONAL
Seminar Asas Keusahawanan merupakan program koloborasi bersama Tekun Nasional bermula Januari 2017.
Sasaran peserta adalah semua usahawan yang telah memohon bantuan pinjaman daripada Tekun Nasional. Jumlah peserta pada satu-satu masa adalah seramai 150 - 1000 orang. Program ini diadakan mengikut lokasi negeri dan daerah. Program dianjurkan sepenuhnya oleh Tekun Nasional lengkap dengan "door gift", dewan seminar, makan dan minum peserta dan penceramah jemputan.
CERITA RZ786
Syarikat RZ786 Trading Sdn Bhd ditubuhkan semenjak tahun 2012. Perniagaan teras RZ786 adalah Mesin Air Otomatik yang diimport dari negara China.
Pasaran utama mereka pula adalah anggota-anggota koperasi dan juga orang perseorangan.
Akhir-akhir ini syarikat telah mengalami kerugian akibat daripada urus niaga perniagaan yang tidak telus dengan pelanggan mereka yang akhirnya memaksa RZ786 untuk mengurangkan jumlah pekerja kepada 1 orang.
RZ786 telah bertemu Azlicare pada bulan September lalu untuk menyusun semula startegi perniagaan dengan sasaran kepada pelanggan-pelanggan baru dan koporat sedia ada.
Azlicare telah meengatur strategi dengan menyusun semula sistem pengurusan dan juga langkah dan kaedah untuk meyakinkan pelanggan.
Antara perkhidmatan yang telah/sedang diguna pakai termasuk penyediaan kertas kerja yang lebih sistematik dan menarik, bertindak sebagai pembentang utama kertas kerja projek dan juga sebagai pengarah projek.
Setakat ini, RZ786 telah mendapatkan kelulusan dari penyedia tapak untuk pemasangan mesin layan diri otomatik disemua premis milik penyedia tapak tersebut di seluruh Lembah Klang.
Azlicare amat maklum dengan kekangan kewangan yang dihadapi oleh RZ786. Justeru itu, pihak kami telah menangguhkan tempoh pembayaran dan hanya mengenakan caj yang minima untuk tujuan operasi.
Kami memohon maaf kerana tidak dapat mewarwarkan siapakah pelanggan yang dimaksudkan disebabkan oleh sebab-sebab keselamatan dan projek ini masih di dalam proses rundingan.






CERITA HAIGRI ENTERPRISE
Program perkhidmatan rundingan Azlicare untuk Haigri Enterprise (HE), Miri, Sarawak.
Telah di adakan pada pertengahan bulan April - Mei 2017 yang lalu.
Haigri Enterprise merupakan sebuah syarikat "Sole Prop" yang berpusat di Miri, Sarawak. Menjalankan perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan di dalam Estet Lubuk Tiara, Miri, Sarawak. Jarak premis kedai ke bandar Miri ialah 120km, manakala ke pekan terdekat ialah 60km. Manakala jarak premis ke jalan besar ialah 26km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam disebabkan oleh jalan estet/balak.