top of page

Seminar Asas Keusahawanan merupakan program koloborasi bersama Tekun Nasional bermula Januari 2017. 

Sasaran peserta adalah semua usahawan yang telah memohon bantuan pinjaman daripada Tekun Nasional. Jumlah peserta pada satu-satu masa adalah seramai 150 - 1000 orang. Program ini diadakan mengikut lokasi negeri dan daerah. Program dianjurkan sepenuhnya oleh Tekun Nasional lengkap dengan "door gift", dewan seminar, makan dan minum peserta dan penceramah jemputan. 

Modul asas dan wajib bagi program SAK ialah Pemasaran dan Perakauanan. Walaupun demikian, Azlicare telah menyediakan modul tambahan serta suntikan semangat dan motivasi kepada para peserta seminar bertujuan untuk menyemarakkan semangat mereka untuk terus berjuang demi memajukan dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. 

Azlicare juga turut mempelbagaikan Teknik Pesembahan berasaskan konsep SatE (Santai tapi Efisyen) sewaktu penyampamain program. Hasilnya, para peserta seminar dapat menerima ilmu yang dikongsikan dengan lebih efektif dan efisyen di dalam suasana yang santai dan menyenangkan. ​

Sebanyak 9 program SAK telah dilakukan oleh Azlicare bermula Januari 2017 dan telah melibatkan lebih daripada 7000 peserta. 

Secara keseluruhan, program bersama Azlicare telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para peserta dan juga pihak Tekun Nasional sendiri. 

Program yang terkni telah di adakan pada 1 Oktober 2017 di Lumut Prak dan ianya telah dirasmikan oleh YB DS Zamri, Menteri Besar Perak. 

Insya Allah, Azlicare akan terus memberikan yang terbaik demi untuk kemajuan para usahawan di Malaysia dan khasnya usahawan-usahawan Tekun Nasional. 

Program perkhidmatan rundingan Azlicare untuk Haigri Enterprise (HE), Miri, Sarawak. 

 

Telah di adakan pada pertengahan bulan April - Mei 2017 yang lalu. 

 

Haigri Enterprise merupakan sebuah syarikat "Sole Prop" yang berpusat di Miri, Sarawak.  Menjalankan perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan di dalam Estet Lubuk Tiara, Miri, Sarawak. Jarak premis kedai ke bandar Miri ialah 120km, manakala ke pekan terdekat ialah 60km. Manakala jarak premis ke jalan besar ialah 26km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam disebabkan oleh jalan estet/balak. 

Keuntungan kasar HE sebelum selepas GST untuk tahun 2016 ialah RM1.3 juta. Walaupun demikian, syarikat telah mengalami kerugian semenjak awal tahun 2017. Walaupun menepati sasaran jualan bulanan, namun keuntungan syarikat tidak menepati sasaran dan kadar defisit meningkat dari bulan ke bulan. 

Azlicare telah dipanggil untuk menyiasat kes ini. Disamping caj yang nominal dan berpatutan, bagi menghasilkan keputusan siasatan yang tepat, pelanggan WAJIB memaklumkan semua perkara yang BENAR, tidak ada yang tidak BENAR melainkan semuanya adalah BENAR BENAR BELAKA. 

Hasil siasatan mendapati bahawa terdapat kepincangan dari segi pengurusan syarikat, kewangan, pekerja dan juga sistem inventori yang telah terpincang. 

Azlicare telah melakukan kerja-kerja pembaikan termasuk memperbaiki dan mengaktifkan semula sistem invetori syarikat, mewujudkan sistem yang lebih efisyen diantara syarikat dengan pembekal, merekrut staf baru serta memberikan latihan serta memperkanal polisi sistematik untuk diguna pakai di seluruh Haigri Enterrprise. Alhamduillah, sehingga ke hari ini, sistem tersebut masih beroperasi dan Haigri Enterprise kini beroperasi di dalam keadaan optimum. 

 

 

CONSULTANCY SERVICE  @HAIGRI
SAK TEKUN NASIONAL

Di azlicare, kami sangat komited untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami. Wang dan bayaran perkara kedua. Apa yang penting, kami sangat berbangga dan bersyukur melihat kejayaan pelanggan kami. 

PROJEK TERKINI 2017

©® Azlicare Resources 2017/18
  • Welcome to Azlicare

© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

bottom of page