
How may we
help you today?

"ALWAYS SHARPEN YOUR SAW AND NEVER STOP LEARNING" CALL US TODAY FOR BOOKING


Ilmu itu seluas lautan. Tanpa ilmu, siapalah kita. Kita tidak akan dipandang dan yang paling menyedih dan membimbangkan, kita mungkin mudah tertipu, gagal menguruskan kehidupan, kewangan dan perniagaan kita.
Di azlicare, kami komited untuk mencurahkan dan berkongsi seberapa banyak ilmu kepada anda semua.
Kami sedar, terdapat ramai penyedia latihan diluar sana. Apa yang menyebabkan kami unik ialah konsep SatE yang kami ketengahkan supaya anda semua dapat menimba seberapa banyak ilmu yang hendak dikongsikan dengan corak penyampaian yang Santai tetapi Efisyen.
Disamping itu, modul program yang kami sediakan adalah berdasarkan kepada konsep sejagat (universal). Ianya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah dan boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira tahap pendidikan mereka. Nak tahu lebih, lanjut .. klik butang dibawah dan nyatakan keperluan anda ...
Program Seminar Asas Keusahawan Tekun Nasional Azlicare.
Bermula pada Januari 2017 (Tahun sebelumnya dilakukan untuk usahawan Felda) merupakan program yang menempatkan jumlah peserta antara 150 - 1000 orang pada satu-satu masa.
Program koloborasi bersama Tekun Nasional merupakan program yang menyediakan para usahawan dengan maklumat dan panduan asas untuk menjadi usahawan dinamik, berdaya saing dan mampu bergerak maju di masa-masa akan datang.
Program azlicare turut memuatkan modul dan instrumen movivasi dan suntikan semangat di dalam usaha mengubah minda para usahawan daripada "typical" usahawan bumiputera kepada usahawan yang lebih bersifat kreatif dan innovatif sejajar dengan program TN50. Program ini hanya terbuka kepada usahawan Tekun sahaja
Program Bengkel Asas Keusahawan Azlicare merupakan program keusahawan yang bertujuan untuk memberikan garis panduan sistematik kepada para usahawan di dalam merangka dan merancang tindakan mereka kearah kejayaan.
Program ini memuatkan teknik dan penggunaan "Management & Marketing Tool" bagi mewujudkan perancangan yang yang lebih tepat dan mantap.
Disamping itu juga, program ini turut memuatkan modul dan instrumen movivasi dan suntikan semangat di dalam usaha mengubah minda para usahawan daripada "typical" usahawan bumiputera kepada usahawan yang lebih bersifat kreatif dan innovatif sejajar dengan program TN50. Program ini terbuka kepada semua usahawan IKS di Malaysia.
Walaubagaimanpun, program terpaksa ditangguhkan untuk seketika. Tunggu kemunculannya kembali kelak.