top of page
SEMINAR DAN KURSUS

 

 

Azlicare menyediakan berbagai jenis latihan untuk memenuhi keperluan minda anda. Sama ada anda orang perseorangan atau pun berkumpulan ataupun syarikat, Azlicare sentiasa ada untuk anda. 

Konsep penyampaian ilmiah Azlicare berdasarkan kepada konsep SatE iaitu Santai tetapi Efisyen. Modul yang digubah adalah berdasarkan kepada ilmiah asas digarap dengan trending semasa bagi menjadikan satu penyampaian ilmiah yang menyeronokkan, menarik, bermenfaat dan sesuai untuk semua tahap pendidikan dan umur. 

Para penceramah kami merupakan penceramah berpengalaman dan  mempunyai tauliahan HRDF (PSMB).

 

Satu kelebihan Azlicare ialah, kami adalah perunding (Consultant) dan apa yang kami sampaikan, disamping pengetahuan dari buku tetapi juga pengalaman kami di dalam mengendalikan khidmat perundingan bersama pelanggan-pelanggan kami. 

 

Anda perlukan sesuatu untuk memenuhi keperluan minda anda atau organisasi anda? Jangan berlengah lagi, hubungi kami hari ini.  

PERKHIDMATAN KAMI UNTUK ANDA

KERTAS KERJA/DOKUMENTASI

 

Anda perlukan bantuan untuk membuat kertas kerja yang cemerlang, gemilang, terbilang? 

 

Anda perlukan slide presentation yang anggun, professional dan memenuhi kehendak pelanggan anda atau prospek pelanggan? 

 

Anda perlukan profail syarikat, aliran tunai serta unjurannya untuk kemudahan pinjaman? 

 

Azlicare sedia membantu anda. Dengan kadar yang berpatutan dan kerjasama erat diantara anda dan kami, kita boleh melakukannya. 

 

Di Azlicare, kami amat cermat dan sangat cerewet tentang kualiti dan ketepatan sesebuah dokumentasi atau kertas kerja. Di samping fakta, kami juga turut mengenengahkan unsur figura untuk menganggunkan kertas kerja atau slide presentation anda. 

 

Apa tungu lagi, hubungi kami hari ini dan terapkan aura dan nafas baru di dalam semua dokumentasi anda. Buatkan pelanggan anda WOW dengan apa yang anda persembahkan. Ingat, tanggapan pertama itu sangat penting. Izinkan Azlicare melakukannya untuk anda. Jomzz 

 

 

PENCERAMAH (SPEAKER)

 

Azlicare juga turut menyediakan perkhidmatan jurucakap, penceramah atau pembentang utama (Main Presenter) untuk tujuan organisasi ataupun perniagaan anda. 

Sekiranya anda memerlukan seorang jurucakap bagi mengetuai pembentangan projek anda, jangan risau, terus hubungi kami dan kami akan menyesaikan dan memberikan imej dan impak yang terbaik untuk anda. 

Kerahsiaan itu menjadi prinsip utama kami. Segala transaksi perniagaan di antara kami dan anda adalah dirahsiakan. 

Kami juga turut memberikan khidmat pengacara majlis sekiranya diperlukan. 

Bagi tujuan pembentangan kertas kerja dan sebagainya, kami juga turut menyediakan perkhidmatan COMBO untuk kemudahan anda. 

Untuk itu, para pelanggan yang dihormati, jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai mereka yang bersesuaian untuk membentangkan projek anda, atau tiada host untuk majlis prestij anda. Anda hanya perlu hubungi Azlicare dan insya Allah, kami akan uruskan semuanya untuk anda. 

PERUNDINGAN PERNIAGAAN

 

Kami menyediakan perkhidmatan Azlicare Bussiness Diagniostic sebagai langkah pertama untuk mengetahui tahap "kesihatan" perniagaan anda. 

Perniagaan anda sudah lama tetapi masih berada ditakuk lama? Atau jualaan perniagaan anda lumayan tetapi pulangan atau keuntungan anda "ciput"? Atau kos HR anda terlalu tinggi tetapi produktiviti syarikat anda kurang memuaskan? 

Anda perlukan Azlicare Business Diagnostic!

Biar kami periksa bisnes anda. Kos bayaran kami adalah jauh lebih rendah daripada syarikat-syarikat perundingan yang lain kerana pada kami, kejayaan anda adalah kepuasan kami. Tetapi JUJUR dengan SEJUJURNYA dengan kami sewaktu proses ini di jalankan. 

Kami akan memeriksa dan mengaudit keseluruhan operasi syarikat anda. Kemudian, kami akan lakukan analisa dan mengeluarkan laporan terperinci tentang permasalahan syarikat anda termasuk jalan penyelesiaan. ​Kami amat fleksibel, teruskan bersama kami atau anda lakukan sendiri, itu pilihan anda. 

Apa tunggu lagi, jomz kita lakukan Azlicare Biz Diagnostic hari ini

©® Azlicare Resources 2017/18
  • Welcome to Azlicare

© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

bottom of page