top of page

Dengan hanya serendah RM2, 500.00 - (Hubungi kami untuk harga Promosi) (Terma dan syarat), anda kini boleh mengetahui status "kesihatan" perniagaan anda

Di azlicare, kami prihatin dengan masalah usahawan. Kami tahu, setiap sen yang dibelanjakan adalah amat bernilai. Atas dasar inilah, kami menyediakan satu program khas untuk membantu usahawan yang memerlukan bantuan dan bimbingan di dalam mengetahui punca sebenar mengapa perniagaan mereka tidak berkembang atau memperolehi keuntungan seperti yang diharapkan. 

Program Azlicare Business Diagnostic ABAD2.0 merupakan proses khidmat perundingan yang akan "mengaudit" dan menilai keseluruhan proses dan aspek perniagaan anda. Dari segi kewangan, struktrur syarikat, polisi dan sop, tenaga kerja dan lain-lain yang berkaitan. Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam dan boleh berlangsung sehingga ke 8 jam mengikut keperluan. 

Segala maklumat yang diterima akan dianalisa dan diproses dan satu laporan komprehensif akan dikeluarkan untuk tindakan selanjutnya. 

Hasil laporan adalah termasuk, keadaan semasa, punca permasalahan sebenar dan kritikal dan cadangan tindakan susulan yang harus diambil dengan segera. 

Pelanggan yang dihormati boleh memilih untuk terus menggunakan perkhidmatan azlicare untuk proses baik pulih ataupun perkhidmatan dari syarikat perunding yang lain ataupun melakukannya sendiri. 

Program ABAD2.0 amat berguna  bagi para usahawan yang mempunyai perniagaan yang tidak berkembang, jualan yang besar tetapi untung yang minima atau tidak nampak, perniagaan yang mengalami kerugian yang melampau dan lain-lain permasalahan yang menjejaskan kemajuan syarikat. 

Kepada mereka yang memerlukan, jangan tunggu lagi, klik butang di bawah dan jomz kita mulakan Program ABAD2.0 hari ini juga. 

Terma dan Syarat; 

1. Voucher rebat tidak boleh ditukar dengan nilai tunai.

2. Caj perjalanan/penginapan akan dikenakan untuk tujuan lawatan ke premis usahawan; 

a. KL/Selangor  :RM100.00 - RM220.00 (Day Trip)

b. Zon Utara      :RM300.00 - RM450.00 (Day Trip)

c. Zon Selatan   :RM300.00 - RM450.00 (Day Trip)

d. Zon Timur      :RM330.00 - RM480.00 (Day Trip)

e. Sabah & Sarawak: Sila hubungi kami

3. 30% deposit mesti dijelaskan sebelum program bermula dan baki bayaran 70% wajib dilunaskan setelah selesai sesi perundingan.  

4. Laporan akan dikeluarkan di dalam tempoh 2 - 4 minggu selepas khidmat perundingan dijalankan. 

5. Usahawan digalakan untuk hadir sewaktu proses pembentangan laporan di Kuala Lumpur atau di premis usahawan (Caj perjalanan minima dikenakan). Walaupun demikan, laporan boleh juga diemelkan dan proses pembentangan boleh dilakukan melalui Live Video ataupun telefon. 

Jomz ABAD2.0 - Anda pasti terkejut dengan keputusannya

PERNIAGAAN ANDA SIHAT ATAU SAKIT? NAK TAHU? BIAR KAMI CEK DENGAN AZLICARE BIZ AUDIT & DIAGNOSTIC PROGRAM ABAD2.0. ANDA PASTI TERKEJUT DENGAN KEPUTUSANNYA!
©® Azlicare Resources 2017/18
  • Welcome to Azlicare

© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

bottom of page