top of page

7 Tabiat Individu-Individu Yang Efektif

  • Writer: Azli Hj Abdul Rahim
    Azli Hj Abdul Rahim
  • Oct 4, 2017
  • 3 min read

Updated: Oct 8, 2017

Assalamualaikum kawan2 semua, hari ni, bro nak kongsikan sikit tentang 7 tabiat orang-orang yang efektif atau berjaya atau hebat ..


Kita sering melihat orang berjaya. Bila ditanya, macam-macam tips yang diberikan kepada kita. Kadang-kadang kita pun tak yakin, betul ker apa yang dia cakap. Atau kadang2 kita rasa, susah benar nak lakukannya, penyudahnya, kita pun, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


Tapi apa yang bro nak kongsikan ni, menda2 simple yang mungkin kita tak sedar atau terlepas pandang, tapi kalau kita amalkan, ianya pasti akan membawakan perubahan yang positif dan baik dalam apa jua yang kita lakukan.


Tabiat#1: Proactive

  • Maksud kat sini dalam bahasa mudahnya, kita buat sesuatu atas inisiatif kita sendiri, tanpa disuruh atau dipantau oleh orang lain. Contoh, kita nak berniaga tapi takde modal. Kita usaha sendiri untuk dapatkan modal samada kita buat kerja2 rencam yang boleh mendatangkan sumber kewangan, cari jalan untuk buat pinjaman dan lain2. Kita tidak menunggu orang lain untuk "menyuapkan" kita untuk keperluan kita sebaliknya kita buat sendiri tanpa disuruh.


Tabiat#2: Begin with the end in mind.

  • Tetapkan matlamat apa yang kita nak capai. Sama ada dalam perhubungan, pernigaan, keluarga, kerjaya atau apa sekalipun. Contoh, kalau kita nak berniaga,kita tanya diri kita, dimanakah puncak kejayaan perniagaan kita tu? Buat penanda aras kejayaan kita. Kemudian dengan Tabiat#1; kita rancang dan buat apa sahaja untuk capai matlamat yang telah kita tetapkan tu. Boleh kan? :)


Tabiat#3: Put first thing first

  • Buat sesuatu itu mengikut turutan dan bersistematik supaya tak berserabut dan kelam kabut. Contoh: Kalau nak berniaga, kita buat SWOT dulu tentang diri kita dan perniagaan apa yang kita nak ceburi. Lepas tu tetapkan matlamat, rancang dan lain-lain. Bila kita buat secara sistematik macam ni, kita dapat pantau kemajuan atau kelemahan yang timbul di dalam usaha kita mengejar matlamat kita tu.


Tabiat#4: Think Win Win

  • Yang ni pun penting dan kena tanamkan dalam diri kita. Apa yang kita buat mestilah kedua2 pihak yang menang. Contoh, kita berniaga dengan tunai. Tiba2 pembekal beri kita kredit (hutanglah tu) cukup bulan baru bayar. Jadi, jaga perhubungan tu. Ambil barang dan bayar bila tiba masa. Sebab kalau kita engkar, maka kita susah sebab terpaksa mengadakan tunai yang banyak untuk beli barang. Dalam sesuatu perniagaan aliran tunai yang baik itu sangat penting. Kalau tak jemm laa kita nak meniaga.


Tabiat#5: Seek first to understood, then to be understood

  • Bahasa mudahnya, dengar dan fahamkan dulu apa yang orang cakap, kemudian baru kita respons selepas kita "digest" apa maksud orang tu. Jangan main potong jer and kita blast selagi tak mau atau kita blah macam tu jer. Hasilnya, kita mungkin akan terlepas maklumat penting yang boleh jadi beri keuntungan tau kemudaratan kepada diri atau perniagaan kita. Ingat kawan2 semua, perkara ini sering berlaku pada diri kita sebab kita selalu ingat kita hebat ...


Tabiat#6: Synergize

  • Dalam konteks sekarang ni lebih merujuk kepada semangat berpasukan (Team Work). Ni pun penting gak kengkawan. Sudah2lah buat kerja sengsorang. Mati kita kalau nak buat semua. Kita cari pasukan untuk lakukan kerja bersama2. Tapi carilah gang yang boleh pakai punyer ek. Contoh, kita nak beli barang harga RM10k. Nak keluar modal RM10k mungkin payah, jadi kita cari rakan niaga yang nakkan menda yang sama dan kita bagi beban tu sama rata. Dapat 10 orang, beban kita cuma RM1k jer .. begitulah seterusnya.


Tabiat#7: Sharpen your saw

  • Selalu tingkatkan apa yang ada pada diri kita. Kesihatan? Pengetahuan dan sebaginya. Sebabnya kawan2, masa berubah. Dunia sekarang dah tak macam dulu. Apa yang kita hebat 15 tahun dulu, mungkin dah tak releven dan x boleh digunapakai pada masa kini. Steve Jobs (Bapa Apple) pun ada cakap, Stay Foolish, Stay Hunger (Sentiasa Bodoh dan Sentiasa Lapar). Dalam maksud tu. Bila kita dalam keadaaan tu, kita akan sentiasa berusaha untuk mencari ilmu dan makanan. Dan kawan2 semua, pada hari kita rasa kita yang paling pandai dan tahu semua menda dalam dunia ni, maka pada hari tulah kita akan jadi manusia yang bodoh. So sentiasa berusaha ek kengkawan semua ... carilah ilmu tu ... sebab semuanya dihujung jari kita ...

Tapi kawan2 semua, nak mengubah tabiat tu bukanlah mudah, banyak yang perlu dikorbankan. Kita kenan kuat dan mula berazam dan bertindak untuk mulakan perubahan itu. Jangan drastik, buat sikit2 dan teruskan mohon pertolongan dari Allah. Insya Allah, Allah akan bantu kita dan kita mampu melakukan perubahan tersebut.


Harap2 kawan2 semua dapat menfaat dan kalau baik .. kongsi2kanlah dengan kengkawan lain ...



jangan lupa

subsribe ek untuk tip2 lain dan like page bro ek ..


Assalamualaikum ...

Bro azlicare




 
 
 

Comments


©® Azlicare Resources 2017/18
  • Welcome to Azlicare

© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

bottom of page