top of page

Ilmu Percuma Tanpa GURU?

  • Writer: Azli Hj Abdul Rahim
    Azli Hj Abdul Rahim
  • Aug 31, 2022
  • 1 min read


Dalam dunia digital masa kini, semuanya mudah. Semuanya dihujung jari. Menuntut ilmu juga kini dihujung jari. Persoalan yang sering diajukan, bolehkah kita menutut ilmu melalui medium ini tanpa GURU?


Jawapan dia BOLEH! Dengan perkembangan pesat teknologi digital, kita sepatutnya mengambil peluang dan kesempatan ini untuk mengaut sebanyak ilmu yang ada diluar sana.


Bila kita menuntut ilmu melalui medium ini, kita akan dapat bermacam-macam maklumat tentang subjek yang ingin kita ketahui. Mungkin dari sumber sahih dan ada yang bukan dari sumber yang kurang tepat.


Perkara seperti ini biasanya akan menjadikan ilmu yang kita pelajari itu menjadi "BAHAYA" kepada diri kita sendiri dan mungkin kepada orang lain akibat perkongsian ilmu yang kita lakukan.


Menuntut ilmu TANPA GURU juga boleh menyebabkan kesalahfahaman dan mungkin akan menyebabkan kita menyimpang daripada maksud sebenar ilmu tersebut akibat daripada pemahaman kita sendiri.


Justeru itu, disini timbulah kepentingan untuk menuntut ilmu secara BERGURU.


Menuntut ILMU secara BERGURU membolehkan kita memperolehi ILMU daripada sumber yang sahih. Seseorang GURU itu biasanya mempunyai kredential dan kita berpeluang untuk menilai kredential GURU tersebut dari pelbagai sumber.


Menuntut ilmu secara BERGURU juga membolehkan kita bertanyakan bermacam jenis soalan sekiranya kita kurang jelas tentang sesuatu perkara dari satu sumber yang sah.


Jadi, bolehkah kita menuntut ilmu percuma TANPA Guru? BOLEH sebagi langkah AWAL untuk ""mengenali" ilmu tersebut. Namun untuk kefahaman yang lebih mendalam, amat wajarlah kita menuntut ilmu dengan GURU.

 
 
 

Comments


©® Azlicare Resources 2017/18
  • Welcome to Azlicare

© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

bottom of page