Mengapa USP itu penting?
- Azli Hj Abdul Rahim
- Oct 4, 2017
- 2 min read
Updated: Oct 9, 2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan2 semua ... Bro azlicare keudara lagi ..
Hari ni, bro nak sembang sket pasai USP - "Unique Selling Point" .. atau bahasa mudahnyer ... yang kita senang faham ..
"Apa bagusnya produk atau perkhidmtan kita yang menarik perhatian orang ramai (pembeli) yang menyebabkan depa syok nak tengok dan depa syok nak beli dan menggunakan produk atau perkhidmatan kita"
Mungkin ramai yang pernah dengar perkataan USP ni dan mungkin ramai juga yang baru dengar hari ni ... xperrrr ... :)
Ok ... Sebagai peniaga atau usahawan ... kita memang impikan dan dambakan produk atau perkhidmatan kita ni disukai oleh semua orang, dibeli dan digunakan oleh ramai orang. Kenapa ek? Jawabnyer ... senang jer .. kita be honest laaa ek.. bila orang ramai beli atau gunakan produk atau perkhidmatan kita ... No 1: makin banyak lar kita dapat duit ... pastu kita rasa puas dan bangga sebab depa gunakan dan bersyukur sebab kita dapat bantu memberikan mutu dan kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik pada mereka .. tak gitu ... :)
USP ni sangat penting untuk kita pastikan kita sentiasa releven di dalam pasaran dan persaingan yang maha sengit hari ni. Bayangkan kalau kita bersaing dengan 10 peniaga atau usahawan yang menjual produk dan perkhidmatan yang sama di dalam satu kawasan yang sama ... peghhh jenuh gak tu .. Kita kena bersaing ... kita kena pastikan yang kita kekal teratas di dalam hati dan sanubari pelanggan .. Macam mana nak buat ... Macam mana nak bersaing .. tak kan nak guna bomoh kot ..???
Kat sinilah, menjadi satu kelebihan kepada kita kalau kita mahir di dalam menggunakan USP. Walau apa keadaan sekalipun .. pelanggan akan tetap memilih kita ....
Tapi camner nak buat USP ni .... ? Susah sangat ker? Tak lah sangat ... Macam ni caranya .. bro kongsikan pada kawan2 yang hebat semua cara nak buat USP untuk produk dan pekhidmatan kita ...
Rule#1
Kita kena jujur dan ikhlas Jangan SS ek .
Rule#2
Lakukan analisa secara terperinci tentang produk dan perkhidmatan kita; ada kelemahan kita baiki. Patuh pada Rule#1
Rule#3
Lakukan tinjauan dari masa kesemasa tentang produk dan pekhidmatan anda. Keluar "melawat" pesaing anda. Jangan lupa Rule#1
Rule#4
Boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Lebih ramai yang menyumbang, lebih baik. Dalam kes berkumpulan, lakukan bersama orang yang boleh anda percayai seperti rakan kongsi anda, pasukan pemasaran dan jualan anda dan lain-lain.
Rule#5
Anda mesti kreatif ... Lihat pekembangan dan trend semasa ... Cipta kelainanan. Jadi unik tapi awas batasan agama dan kita sebagai orang Malaysia
Kesimpulannya, USP ini amat penting untuk anda kekal berada di tempat teratas di dalam persaingan dan pasaran produk dan perkhidmatan anda dan ianya sangat berguna untuk:
Analisa pesaing/persaingan anda.
Sangat penting untuk AMP dan jualan yang berjaya
Bro harap, kawan2 semua dapat menfaat dan faedah dari perkongsian ini. Cuba gunakan untuk meningkatkan jualan dan kejayaan perniagaan anda semua ... Ada masalah boleh roger bro ... Jumpa lagi kawan2 semua ...insya Allah ..
Assalamualaikum.
Jangan lupa untuk like FB Azli Hj Abdul Rahim, Azlicare dan subsribe pada mailing list ... untuk tips, maklumat dan promosi hebat dari azlicare ...

Comments