top of page

SWOT di dalam Perniagaan dan Kehidupan kita seharian

  • Writer: Azli Hj Abdul Rahim
    Azli Hj Abdul Rahim
  • Oct 4, 2017
  • 3 min read

Updated: Oct 10, 2017

Assalamualaikum dan salam ceria kawan2 yang dihormati semua. Harapan bro, semuanya masih kekal hebat dan mantap dalam menjalani kehidupan dan dunia yang semakin mencabar ini.


Dikesempatan ni, bro, nak kongsikan sikit cerita tentang SWOT dan bagaimana ianya boleh membantu kita di dalam membuat keputusan yang tepat yang tentu sekali mempengaruhi kehidupan, kerjaya dan juga perniagaan kita.


Ok kengkawan semua,


SWOT ialah ialah singkatan kepada Strength, Weakness, Opportunities dan juga Threat. Dalam konteks pengurusan pulak, ianya adalah satu kaedah analisa sistematik untuk yang dilakukan di dalam membuat penilaian sebelum sesuatu keputusan itu dibuat.


Dari segi bahasa mudahnya ialah muhasabah atau perhitungan ataupun penilaian terhadap kebaikan dan keburukan. Biasanya orang cakap ... muhasabah diri.

  • Kegunaanya pulak ialah membuat perhitungan atau penilaian sistematik dari segi Kekuatan (Strength), Kelemahan (Weakness), Peluang (Opportunities) dan Ancaman(Threat) kepada kita atau apa sahaja yang berkaitan dengan kita SEBELUM kita membuat sesuatu keputusan.

SWOT ni boleh digunakan di dalam berbagai perkara seperti:

  • Di dalam perhubungan

  • Di dalam kerjaya

  • Sesuatu tawaran projek dan sebagainya

SWOT ni boleh dilakukan secara berkumpulan ataupun secara individu


Jelaskan .. kawan2 semua


Ok cara nak buat SWOT plak ..


Rule#1

  • Jujur dalam segala hal dan jangan SS

Rule#2

  • Senarai semua KEKUATAN tentang apa yang kengkawan nak kaji. Fikir dari semua sudut. Kalau berkumpulan, terima semua cadangan atau saranan dari kengkawan lain dan tuliskan ...

Rule#3

  • Senarai semua KELEMAHAN tentang apa yang kengkawan nak kaji. Fikir dari semua sudut. Kalau berkumpulan, terima semua cadangan atau saranan dari kengkawan lain dan tuliskan ...

Rule#4

  • Senarai semua PELUANG tentang apa yang kengkawan nak kaji. Fikir dari semua sudut. Kalau berkumpulan, terima semua cadangan atau saranan dari kengkawan lain dan tuliskan ...

Rule#5

  • Senarai semua ANCAMAN tentang apa yang kengkawan nak kaji. Fikir dari semua sudut. Kalau berkumpulan, terima semua cadangan atau saranan dari kengkawan lain dan tuliskan ...

Contoh penggunaan mudah. (1 contoh setiap analisa)


Tawaran yang diterima: Labur RM20, 000.00 dan dapat keuntungan RM2, 000, 000.00 dalam masa 1 minggu dari seorang kenalan masa sekolah.


Rule#1

  • Jujur dalam segala hal dan jangan SS

  • Bereh saya akan berlaku jujur

Rule#2: KEKUATAN

  • Saya ada duit simpanan RM50, 000.00. Boleh labur RM20, 000.00. Saya tidak perlu meminjam.

Rule#3: KELEMAHAN

  • Saya tidak ada duit RM20, 000.00 Saya kena meminjam.

Rule#3: PELUANG

  • Saya boleh jadikan keuntungan pelaburan tersebut untuk membesarkan perniagaan saya.

Rule#4: ANCAMAN (4 CONTOH)

  • Mengapa tiba-tiba kawan sekolah saya muncul selepas 20 tahun dan menawarkan peluang ini. Adakah ada unsur penipuan?

  • Saya tengok dia pun takder lah semewah mana. Adakah ada unsur penipuan.

  • Syarikat yang menguruskan pelaburan tersebut macam tak pernah dengar pun. Siapakah mereka? Walaupun perniagaan itu satu risiko tetapi biarlah risiko yang tidak akan menghancurkan kita.

  • Bagaimana sekiranya ini penipuan. Rugi saya RM20k dan/atau saya kena membayar balik hutang untuk pelaburan tersebut.

Setelah kita senaraikan kesemua maklumat tersebut, kita buat rujukan di merata tempat seperti bertanya mereka yang pernah mengenali skim tersebut, di internet dan sebagainya. Kemudian timbangkan. Sekiranya lebih kepada kebaikan, maka teruskan. Sekiranya lebih membawa keburukan, maka HENTIKAN lah.


Dengan analisa SWOT ini, kita semua akan dapat gambaran yang jelas mengenai sesuatu perkara sebelum membuat keputusan berdasarkan fakta.


Ingat kawan2 semua, Jerat Tidak Pernah Lupakan Pelanduk, Tetapi Pelanduk Sering Lupakan Jerat. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.


Ambil masa untuk menganalisa sesuatu perkara sebelum kita melompat menerima sesuatu tawaran itu bulat2.


Bro harap, perkongsian ini, akan dapat membantu kawan2 semua di dalam membuat sesuatu keputusan itu dengan lebih n lebih tepat ...


Till next time ...

Jangan lupa share dengan kawan2 lain sekiranya bermenfaat dan like FB bro untuk tips, maklumat dan promosi terkini dari azlicare ... coz we care when others don't


assalamualaikum ...





 
 
 

Comments


©® Azlicare Resources 2017/18
  • Welcome to Azlicare

© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

bottom of page